Angel Stadium of Anaheim
Angel Stadium of Anaheim

Angel Stadium of Anaheim

Angel Stadium of Anaheim, atau secara ringkasnya dikenali sebagai Angel Stadium, merupakan stadium besbol yang terletak di Anaheim, California, Amerika Syarikat. Sejak pembukaannya pada tahun 1966, stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Major League Baseball (MLB), Los Angeles Angels. Stadium ini juga merupakan venue pasukan Los Angeles Rams yang bersaing di National Football League (NFL) dari tahun 1980 sehingga 1994.Stadium ini sering digelar dengan nama samaran tidak rasmi, The Big A yang diungkapkan oleh Penyunting Sukan Herald Examiner, Bud Furillo. Stadium ini menjadi stadium keempat tertua di MLB selepas Fenway Park, Wrigley Field dan Dodger Stadium,[5] dan ia pernah menjadi tuan rumah Perlawanan All-Star Major League Baseball pada tahun 1967, 1989 dan 2010.[6]Selain sukan besbol dan bola sepak Amerika, stadium ini juga melangsungkan sukan di peringkat sekolah tinggi dan kolej. Antara acara atau majlis besar pernah dilangsungkan di stadium ini ialah World Football League, dua penentangan oleh mubaligh Billy Graham, hampir 20 kali penentangan tahunan berturut-turut oleh mubaligh Greg Laurie, sambutan Hari Raya Aidilfitri,[7] konsert dan dua hingga tiga kali perlumbaan AMA Supercross Championship dalam tiap-tiap tahun.Stadium ini juga tempat studio dan pejabat pemilikan Angels serta stesen radio KLAA (830 AM).

Angel Stadium of Anaheim

Alamat 2000 Gene Autry Way
Pemilik City of Anaheim
Saiz Padang Padang kiri – 347 ka (105.8 m)
Pusat-tengah – 390 ka (118.9 m)
Pusat padang – 396 ka (120.7 m)
Kanan-pusat – 370 ka (112.8 m)
Kanan-pusat (cetek) – 365 ka (111.3 m)
Padang kanan – 350 ka (106.7 m)
Backstop – 60.5 ka (18.4 m)
Nama silam Anaheim Stadium (1966–1997)
Edison International Field of Anaheim (1998–2003)
Permukaan Tifway 419 Bermuda Grass
Pecah tanah 31 Ogos 1964 (31 Ogos 1964)
Lokasi Anaheim, California, AS
Dibuka 19 April 1966 (19 April 1966)
1 April 1998 (1 April 1998) (penambahbaikan)
Kapasiti 43,250 (1966)
64,593 (Besbol—1980)
69,008 (Bola sepak Amerika—1980)
45,517 (2019–kini)
Pentadbir Angels Baseball LP
Rekod kehadiran Besbol: 64,406[2]
5 Oktober 1982 (ALCS Aksi 1)
Kos pembinaan AS$24 juta
A$118 juta (1997–1999 penambahbaikan)
Arkitek Noble W. Herzberg and Associates (1966)[3]
HOK Sport
Robert A. M. Stern dan
Walt Disney Imagineering (Penambahbaikan)
Kontraktor am Del E. Webb Company (1966)
Turner Construction Company (Penambahbaikan)[4]
Transit awam Anaheim

Rujukan

WikiPedia: Angel Stadium of Anaheim https://articles.latimes.com/1986-04-19/sports/sp-... https://www.latimes.com/archives/la-xpm-1986-10-12... http://www.ballparksofbaseball.com/al/AngelStadium... http://www.ballparks.com/baseball/index.htm https://www.latimes.com/sports/sportsnow/la-sp-sn-... https://web.archive.org/web/20110525211302/http://... http://losangeles.angels.mlb.com/news/article.jsp?... http://www.ocregister.com/2017/06/25/20000-muslims... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Angel_... https://www.mlb.com/angels/ballpark/